Tuesday, April 3, 2012

PENGANGKUTAN DARAT

1. Pengangkutan yang paling banyak digunakan di Malaysia.
2. Terbahagi kepada pengangkutan jalan raya dan pengangkutan rel.

PENGANGKUTAN JALAN RAYA
1. Jenis pengangkutan ini adalah yang paling popular.
2. Pelbagai jenis kenderaan yang boleh digunakan di atas jalan raya seperti :
  • Kenderaan binatang - kerbau, kuda, lembu dan lain-lain.
  • Kenderaan tak berenjin - beca, basikal, kereta tarik dan lain-lain.
  • Kenderaan berenjin - treler, lori, van, motokar, motosikal, bas, skuter dan lain-lain.
3. Pembinaan jalan raya dan infrastruktur asas diberikan keutamaan di Malaysia untuk mencapai taraf negara maju.
4. Pembukaan lebuh raya yang moden dan lurus membolehkan jarak dan masa dapat dikurangkan.
5. Pembinaan jalan raya dapat menghubungkan antara bandar-bandar besar dengan bandar kecil. Hal ini akan mengembangkan lagi pasaran sesuatu barang.
6. Pembinaan lebuh raya akan menyebabkan pengguna dikenakan tol untuk menanggung kos penyelenggaraan lebuh raya.
7. Barangan atau penumpang akan tiba ke destinasi dengan cepat.






3 comments: